About Me

My photo
"Makin bertambah ilmuku, Makin terasa kebodohanku" Imam Asy Syafie Rahimahullah

RSS Subscription

Subscribe via RSS reader:
Subscribe via Email Address:
 

Muhasabah: Doakan tuan rumah setelah menikmati jamunannya.

Posted By Fakhri Bey On 3:38 PM Under
Andainya seseorang makan daripada jamuan yang disajikan oleh pihak tertentu, sayogia dia mendoakannya untuknya dengan contoh doa:"Ya Allah, perbanyakkan lagi rezeki untuknya, dan aku mohon supaya diberi keberkatan pada rezeki yang diberikan padanya. Jadikan kami dan tuan membuat jamuan daripada kalangan orang yang bersyukur kepada-Mu."

Sekiranya jauan berbuka puasa pula disisi kaumnya yang ramai, hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud:"Yang menikmati sajian makanan ini adalah daripada kalangan orang yang berpuasa, orang-orang daripada kalangan Abror(orang baik), seluruh para malaikat dilangit dan dibumi berdoa kepadamu."

Sekiranya dikalangan orang yang berbuka itu da yang tidak berpuasa, sedangkan dinyatakan dalam doa hanya orang yang berbuka puasa sahaja yang menghadiri jamuan tersebut. Justeru, semoga doa tersebut menjadi dorongan untuk orang yang tinggal puasa itu kembali rajin berpuasa.

Hendaklah dia membanyakkan 'istighfar' dan rasa dukacita, jika dia telah termakan benda yang syubhah.

Tidak sama orang yang runsing kerana terpaksa makan benda syubhah, bersama orang yang terjerumus ke lembah syabhah dalam situasi selamba, tidak merasa apa-apa.

Apabila makan secara berjemaah, Islam telah menggariskan adab-adabnya, sekurang-kurangnya ada 7 benda dalam adab makan berjemaah.

1st, janganlah dahului memulakan makan, sebelum orang tertentu yang selayaknya menjamah makanan terlebih dahulu, iaitu orang yang lebih tua atau yang dihormati dikalangan ahli jamuan.

Orang tua banyak kelebihannya, usianya yang lebih tua sekurang-kurangnya ibadat atau akal fikirannya lebih matang daripada yang muda. Islam sememangnya mengajar supaya menghormati orang tua dikalangan mereka, hatta ketika hendak menikmati sajian pun beri peluang orang tua terlebih memulakannya dahulu.

Atau kelebihan umum yang ada pada seseorang yang diiktiraf umum dari pelbagai sudut mengatasi yang lain meskipun usianya muda. Sama ada dari sudut ilmu ataupun akhlaq, menyebabkan orang itu dianggap orang itu dihormati dalam masyarakat. Lantas orang ramai menghendaki supaya dia yang memulakannya menjamah hidangan.



Orang yang disepakati sebagai yang dihormati, hendaklah sedar tentang kedudukannya. Maka segeralah menjamah makanan yang disajikan agar orang lain tidak terunggu-tunggu untuk makan. Disebabkan kelewatan individu berkenaan memulakannya, sedangkan orang ramai menunjukkan reaksi hendak segera makan.

2nd, janganlah senyap sepi apabila makan, sebaiknya bersembang ringan dalam lingkungan yang makruf(benda baik). Sekurang-kurangnya berkaitan sajian menyelerakan yang sedang dijamah.

Kisah-kisah yang berkaitan hidangan yang lazat itu menerbitkan selera. Ketika berselera itulah air liur akan keluar banyak daripada kelenjarnya, ia memudahkan proses penghadaman makanan yang sedang masuk ke dalam perut.

3rd, apabila makan hidang secara jemaah, hendaklah ia bersimpati terhadap teman sehidang. Terutama dalam perkara lauk pauk pada hidangan tersebut.

Diteguh mempunyai hasrat untuk makan lebih daripada kebiasaanya. Hasrat sebegitu boleh menjejaskan hak orang lain, ia adalah haram disisi Islam. Pakar kemasyarkatan Islam beranggapan bahawa adab dalam dan peraturan makan setalam dalam majlis, peraturan dan akhlaq itu juga yang dipakai pakai ketika menghadapi talam Tuhan ini.

Peraturan menjaga hak orang didalam menikmati hidangan di majlis jamuan, penuh simpati dan salig menghormati tidak mengambil berlebihan. Perlu diterapkan dalam masyarakat ketika menghadapi alam yang lebih luas.

Dunia yang terbentang luas ini ibarat talam Tuhan yang mengandungi beraneka rezeki. Allah swt hidangkan untuk seluruh makhluq-Nya. Bangun pagi manusia keluar bekerja mencari rezeki halal, sebagai petani ke ladangnya atau sebagai pegawai ke pejabatnya.

Jika yang ada lemah kurang upaya atau jahil dari segi mendapatkan habuan, janganlah yang gagah dan pintar berusaha kaut segala rezeki di talam Tuhan itu, tanpa memikrikan haq dan habuan orang lain yang sepatutnya dikongsi bersama. Tidak wajar sehingga ada pihak yang kebuluran.

Jauhi sifat tamak ingin membolot semuanya, lantaran dia bermodal besar bertindak dengan sifat kapitalis yang menindas. Situasi itu perlu dikawal dengan adab dan akhlaq Islam yang bertimbang rasa dan simpati, sebagaimana adab yang diajar ketika makan dengan rakan sehidang yang lain.


"Capitalist yang gilakan dunia"

Niat untuk makan lebih daripada lazimnya, memungkin situasi terambil haq orang lain, dikira haram sekiranya tidak dapat persetujuan daripada rakan sehidang yang lain. Bahkan sayogia ada sikap dalam diri sendiri hendak melebihkan orang orang lain daripada diri sendiri, seperti yang ditegaskan oleh firman Allah swt yang bermaksud:"Dan mereka mengutamakan orang lain (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan." Surah Al Hasyr ayat 9.

Ayat ini sekalipun diturunkan khas lantaran peristiwa masyhur memuji sifat mulia seorang sahabat Ansar, yang membawa pulang ke rumah seorang tetamu Nabi Muhammad saw daripada kalangan Muhajirin. Tamu itu telah dilayan dengan sebaiknya, meskipun dia sendiri dalam kehidupan yang sukar. Dalam sahabat Ansar ini mempunyai sifat yang amat terpuji, mengutamakan lagi memulia tetamunya semampu mungkin. WalLahu a'alam.


Ibnu Zainal Abidin Bani Awang Tera
Home, Sweet Home

Post a Comment