Dikisahkan bahawa Khalifah Al-Ma’mun yang merupakan salah seorang khalifah dari keluarga Abbasiyyah amat murka dengan salah seorang rakyatnya. Kemarahan tersebut sehingga sampai satu tahap, dia mahu memenggalkan kepalanya.
Setelah usaha menangkap terhadap rakyat yang dia murkakan itu berjaya, dan dipenjarakan. Menyebabkan Khalifah Al-Ma’mun telah menulis surat arahan agar dijatuhkan hukuman bunuh terhadap rakyat tersebut.
Surat itu diserahkan kepada ketua keselamatan negara. Ketika menerima surat arahan tersebut, ketua keselamatan terus ke penjara, tetapi beliau tidak membunuh rakyat tersebut, malah dibebaskan.
Berita itu sampai kepada pengetahuan khalifah al- Ma’mun, menyebabkan baginda menjadi marah dan memanggil ketua keselamatan negara datang mengadap.
”mengapa kamu membebaskan sang penderhaka itu, sedangkan aku telah mengeluarkan surat rasmi untuk membunuhnya?” tanya Khalifah Al-Ma’mun dengan tegas dan berwajah marah.
Ketua keselamatan negara menjadi pelik dengan soalan baginda Khalifah, menyebabkan beliau mengkerutkan dahinya.
”Wahai tuanku yang mulia, bukankah saya telah melaksanakan perintah tuanku seperti yang termaktub?” kata ketua keselamatan negara seraya menghulurkan surat rasmi arahan dari baginda khalifah.
Baginda Khalifah Al-Ma’mun pun mengambil surat tersebut. Apabila dia melihat kandungan surat tersebut, dia kaget terkejut. Ini kerana, kalimah “yutlaq” (baca : dibebaskan) termaktub, padahal asalnya, baginda menulis kalimah “yuslab” (baca : disalibkan).
Baginda Khalifah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, lalu menulis surat kedua kalinya. Keadaan yang sama juga berlaku. Dilakukan buat kali ketiganya pula, tetapi keadaan yang sama juga berlaku.
Melihat keadaan itu berlaku, menyebabkan ketua keselamatan negara berkata kepada Baginda Khalifah Al-Ma’mun.
“wahai Amir Al-Mu’minin, rupanya kamu selalu salah dalam menulis surat tersebut. Ini kerana, surat itu tetap juga termaktub “yutlaq” (baca : dibebaskan), bukannya “yuslab” (baca : disalibkan)”
Khalifah Al-Ma’mun diam seribu bahasa buat seketika. Kemudiannya terdengar baginda beristighfar kepada Allah seraya berkata;
“benar, dibebaskan. Siapa yang dikehendaki Allah SWT untuk “Yutlaq” (baca: dibebaskan), pasti ia dibebaskan waimma Al-Ma’mun mahukan dia “yuslab” (baca :disalib) sekalipun”
Kisah ini disalin semula dari Blog Ustaz Wan Ji sebagai muhasabah hari ini.
Ibnu Zainal Abidin Bani Awang Tera
B2-3-11, Nilai Bumi Tuhan
B2-3-11, Nilai Bumi Tuhan
Post a Comment